Wednesday, September 17, 2008

16 september

salam kepada semua.

tatkala umum menantikan malam lailatul qadr dengan perasaan penuh pengharapan, terdapat segelintir pihak yang menantikan tarikh keramat 16 september. satu arus perobahan yang menjanjikan kebahagiaan kepada seluruh rakyat. namun benarkah tanggapan itu? dengan hanya penukaran tampuk pemerintahan, rakyat akan mendapat hasil tuaian dan keuntungan yang besar. tidak pernahkah kita terfikir bahawa semua itu hanya datang dengan kehendakNya?

aku tertanya pada diri dan teman-teman, adakah mereka yakin dengan adanya perobahan tsunami itu, lantas menjadikan malaysia sebagai pemimpin asean di mata dunia kelak, sepertimana yang pernah kita kecapi dahulu, tatkala malaysia hanya bersaing bersama korea dan jepun di persada dunia. hatta singapura masih terkapai-kapai mencari destinasi haluan bagi memantapkan ekonominya..

namun, zaman kegemilangan itu sudah lelap ditelan zaman. yang tinggal kini hanyalah igauan yang masih termimpi akan kisah lalu. sungguh indah pada waktu itu. kini yang tinggal hanyalah mereka yang memimpin berlandaskan nafsu semata. aku pernah terdengar akan sabda Baginda tentang kemungkaran. jika kita melihat suatu kemungkaran itu, hendaklah diubah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, ubahnya dengan lidah (kata-kata), jika tidak mampu, bencilah ia dengan hati. kerana itu ialah selemah - lemah iman. namun kini perlaksanaan itu mampu dilakukan dengan kuasa. dan mereka yang berusaha kearah amr ma'ruf nahi mungkar, semakin kurang bilangannya. tapi mereka tetap teguh dengan pendirian dan istiqamah.

meskipun perih untuk melakukannya, mereka yakin akan kemenangan yang dijanjikan. jika dilihat pada maudhuk asalnya, 16 september, ianya hanyalah angka semata. yang dilihat sebagai penentu. namun bersama beringat, bahawa kita hanya berusaha, dan Dia yang menentukan segalanya. biar bukan pada waktu itu, mungkin esok. jika tidak, lusa dan tulat. pertimbangan terhadap perubahan tetap ada. tetapi perlu diingat. jangan dibuai dan leka dengan arus politikus semata, kerana jika ianya ketahap melalaikan dan begitu taksub, mungkin membawa kemudaratan. pada diri sendiri dan amalan. aku kau dan umum punya tugas di tanah ini. khalifah!

Kekasihku telah bersabda, akan tiba suatu hari dimana pemimpin yang zalim akan diangkat sebagai pemimpin. dan zaman itu telah tiba pada tahun 2008 ini. benang yang basah cuba ditegakkan. walau diketahui akan memakan diri. mereka ini apabila dibacakan ayat-ayat Allah SWT tidak gentar hatinya, bahkan kekal dengan apa yang telah mereka lakukan. nauzubillah. bersama mengharap semoga sifat sedemikian jauh dari diri dan keluarga. aku kini masih mengharap agar terus dilimpahkan keimanan kerana takut bala Tuhan itu datang. justeru, sudah bersediakah para daie menggalas tugas dan tanggungjawab? persoalan itu juga masih timbul dalam diri aku.

fikir dan taubat.

No comments: