Wednesday, December 31, 2008

ringkas

salam dan sejahtera

" Sakit ini satu nikmat,
kerananya kita menyedari,
akan perihal rahmat dan hikmah,
yang tersembunyi,
di langit tinggi..
hanya pemilik,
langit dan bumi,
yang mengetahui..
kesembuhan itu,
aku tidak ingini,
keredhaan itulah,
yang aku dambai "

salam hijri dan masihi.

Monday, December 22, 2008

tamat

salam dan sejahtera

alhamdulillah selama seminggu aku ambil untuk meluangkan masa meredah bumi Tuhan di tanah semenanjung. dari utara ke selatan dan dari pantai timur ke pantai barat. telah dikatakan dalam kalam Tuhan bahawasanya bumi ini dibentangkan agar manusia dapat melihat dan berfikir. melihat ciptaanNya yang sesungguhnya sungguh mengagumkan.

aku mula menjelajah bermula dari tanah kaya bumi bertuah iaitu selangor. dari nanding hingga kuala selangor menyelusuri jalan lama yang menguji kesabaran. lalu meredah teluk intan ke ipoh untuk mencuba sotong kangkung yang menjadi kegemaran ramai. dari loghat KL maka bermulalah perkataan baku dengan melalui daerah permatang pauh yang pernah menjadi taruhan paksi dan proksi. kelibat poster wakil rakyat masih belum diturunkan.

tanpa membuang masa minyak ditaruhkan untuk menjejak bumi kodiang yang indah menghijau. meghelit mata memandang rantai emas yang dikalung sang wanita. dari kedah ke perlis tanah kecil sekangkang kera itu dilalui pada hari ke-3. diikutkan hati mahu sahaja ke sempadan negara gajah putih namun kadar kewangan hanya mampu ke pelusuk semenanjung sahaja. dalam keadaan memecut sehelai surat cinta diserahkan pada pemandu. bagi aku tidak punya kesalahan jika memandu 90km/j namun kata pengawas jalanraya kami sudah melebih 120km/j. mungkin ada mata-mata yang menilai.

melusuri negeri cik siti wan kembang pada hari keempat amat mengagumkan. loghat budak kelantan terngiang dan cuba dibahaskan. namun tidak kesampaian untuk keluar dari anak tekak yang tidak biasa dengan budu. dari itu bermulalah perjalanan ke Republic Of Besut. negeri kecil terengganu yang kecek kelantan. tiada unsur penggunaan "NG" dibelakang patah perkataan sehinggalah bertemu kerteh pada waktu malam dan bermalam di kuala terengganu. hari kelima dihabiskan di cherating dengan menyinggah sementara daerah kuantan lalu terus ke Danga Bay.

aku melihat deretan ombak laju dari bumi todak ke pesisir pantai negeri johor. barangan mahal membuatkan kami berderum laju ke masjid tanah. bumi disanjung hang tuah yang kini tidak bersultan. hari keenam dihabiskan di seremban. rumah rakan menjadi persinggahan untuk tumpang berteduh. namun lidah masih merasa masakan lemak cili api yang sungguh menyelerakan. tepat jam 6.30 petang pada hari ketujuh kampung baru kutemui lagi.

bagi aku, perjalanan yang dilalui harus dirasakan kau dan umum. dari marhalah ke marhalah. bukan tanah pusaka untuk disanjung. tetapi bumi Tuhan yang terbentang untuk ditafsirkan kuasa penciptaanNya.

maaf tiada gambar kerana usb port punya masalah.

Wednesday, December 10, 2008

hari tasyrik

allah akbar walillah hamd

salam dan selamat sejahtera.

hari ini merupakan hari terakhir lafaz talbiah di hari tasyrik di laungkan oleh berjuta umat Muhammad yang berhimpun. sedang itu, mereka sedang bersiap-siap untuk pulang selepas 40 hari tawaf wukuf dan sebagainya. rata-rata warga semenanjung menyambut eidul adha dengan suasana hening. gemawan muncul tatkala ibadah kurban dijalankan.

ada yang berduka tatkala dugaan itu datang bergolek di bukit antarabangsa. tidak kurang dengan mangsa banjir yang berlindung di merata tempat. dengan segala kejadian di hari tasyrik ini, semuanya punya hikmah. kesabaran dan keimanan diuji. benar kisah Ismail a.s dengan ayahnya diuji dengan episod penyembelihannya.

semoga pengujian itu mengislahkan diri.
Allah Akbar Walillah Hamd.

Amin Ahmad
13 Zulhijjah 1429H

Tuesday, December 2, 2008

berasap

salam dan sejahtera.

masih aku menaip mengagumi kebesaran yang Maha Esa.

dalam majoriti yang wujud kini, dan umumnya umat melayu yang khususnya muslim masih melafazkan kalimah syahadah sebagai kata pegangan dan pasport ke alam fana'. namun hakikatnya yang rata-rata disebutkan masih enggan menerima dari segi ketaqwaan kalimah tasyahud. alhamdulillah dalam diri masih wujud fitrah. namun bila diuji dari cabang kesusahan dan kesenangan, maka ramai terkontang-kanting. termasuklah aku.

ujian kebesaran yang diterima kaum adam yang ingin aku rungkai hanyalah ujian sebesar 9cm. jika diukur mungkin lebih panjang jari hantu. dari golongan bangsawan hinggalah rakyat termiskin. dari penjawat menteri hinggalah pengutip sampah nun di jalanan. dari tok imam hinggalah sejahil umat di pelusuk hulu dunia. semuanya memuja 'berhala' 9cm yang berasap. entah apa nikmatnya hingga begitu.

pada mula ayam jantan berkokok hinggalah siulan burung hantu masih ada yang memuja'nya'. dengan kata istilah lain ialah berhala jenama dunhill, marlboro, dan sebagainya. aduh, makin parah tatkala lelaki kerdil yang belum baligh juga akan memuja'nya'. bila ditanya, jawapan diberi kerana ia punya 'nikmat' tiap kali ia dinyalakan. seperti semangat yang hilang, dengannya akan pasti semangat itu datang. berduyun-duyun.

namun tatkala menghadap Ilahi, bukan main membaca dan berdoa mengharap redha dan ampunNya. selesai kaki melangkah keluar, berasap jua akhirnya. tidak kira di kota atau nun di pelusuk desa. rata-rata kaum adamnya pasti berasap. jika diikut akal logik dan pemikiran normal pastinya sudah diketahui akibat kesudahannya nanti. namun sungguh sukar untuk menjauhkan diri dari'nya' yang sudah menjarah bahtera nafsu yang membuak-buak. dari selesai minum kopi hinggalah tangan dibasuh selepas makan malam. yang pasti ia tidak boleh ditinggalkan. pelik dan hairan.

tidakkah dalam diri terfikir ianya salah satu unsur kesyirikan. memperhambakan dan mendahulukan si 9cm dari Rabb Al-amin. mana tidaknya. sebelum makan ianya 'disembah' dahulu. hatta sebelum solat ianya 'disembah' dahulu. sedang usul telah membahaskan dan penetapan hukum haram diletakkan. dalam diam diri telah berdosa. dari pembaziran hinggalah kepada kemudaratan. pedih dan sarat.

cukuplah dengan petikan. nah, saksikan pula surah an-nisa':41, yang mana syahadah disaksikan oleh Nabi sendiri. aku, kau dan umum ringan mengucapkan syahadah, namun perlakuannya?
baqarah:143 dan al-a'raf:172, bilamana Allah mengambil syahadah umat untuk kunci ke syurga.
muhammad:19, dengan segala AMALAN diakhirat kelak disandarkan pada diri dari (kuncinya) syahadah.

beringatlah setelah bejanji.

Sunday, November 30, 2008

bintang kecil

salam dan sejahtera.

tekan punat kawalan jauh tv dan saksikan saluran dekat di hati.
pada mulanya aku tonton tiada apa. namun bila keluarnya iklan istirehat aku mula terpegun. sebuah rancangan realiti yang melibatkan golongan kanak-kanak melayu yang rata-ratanya beragama Islam. jika dilihat mak dan ayah mereka begitu gembira melihat telatah anak-anak yang belum pun akil baligh, pandai berjoget sambil menyanyi. wah, sungguh hebat. aku sendiri belum mampu berjoget sambil menari seusia mereka.

namun yang lebih menyayat hati tatkala ibu dan ayah mereka menangis teresak-esak jikalau anak mereka gagal memasuki realiti tv itu. mereka lebih sanggup menangis untuk perkara seperti itu dan tidak pada perkara suruhan Tuhan. didikan jewish menjadi dikalangan muslimin yang jauh daripada dirinya kalam Tuhan. susunan strategik dan aturan yang kemas akhirnya membuahkan hasil yang begitu hebat.

satu keluarga mahukan anak-anaknya menjadi seorang artis yang tersohor di tanah air. janji hatinya bersih, tidak mengapa jika kewajipan 5 waktu sehari tidak dilakukan, prinsip seorang artis yang berjaya dibenamkan dalam benak muslimin kini. adakah tiada ibu bapa yang menangis pabila melihat anak-anaknya tidak mampu membaca al-Quran, hatta solat 5 waktu itu sendiri. hairan dan pelik aku sendiri.

memang payah untuk merintis seorang hassan al-banna jika suasana dan sekitarnya terus begini. jika keluar, sekumpulan anak muda berkeliaran dengan pergaulan bebas. baju ketat, seluar sendat. hatta bertindik mengalahkan lembu bajak di sawah. dari keadaan inilah anak-anak yang lahir akan berjinak untuk menuju ujibakat bintang kecil. yang mana ianya diagungkan dalam diri sendiri. jangan sampai bertemu dengan Tuhan dalam keadaan "YA LAITANI KUNTUTURABA".

istighfar.

Saturday, November 29, 2008

seremban

salam dan sejahtera.
moga diberkati olehNya.

tika jam menunjukkan 17.00, aku dan teman-teman bergegas ke seremban. lokasi yang dicari adalah hotel seri malaysia. kebarangkalian untuk terus ke tempat yang dituju adalah satu kemungkinan. namun dengan panduan papan tanda jalan akhirnya genap pukul 20.00 kami sampai. nasibnya acara masih belum bermula.

tanpa berlengah, maghrib ditunaikan dan sesi pemeriksaan bunyi dilakukan serta merta. mulanya aku agak ketakutan. kerana semua barisan penghibur bukanlah yang 'biasa'. yang aku harapkan doa counter tennor dari ireland mendoakan. tidak dilupa. tema pemakaian adalah 'casual glamour'. ini bermakna celana kerja dan kemeja harus melekat pada badan. ragamnya seperti umum ke tempat kerja. kurangnya hanya kad pengenalan pekerjaan.

tepat pukul 21.00, lampu ditutup. gelap. tiba-tiba cahaya beribu voltan menumpu satu persatu tubuh di atas pentas. fuh, tak keruan jadinya. tatkala rythm dipetik suasana mula berubah. tepukan gemuruh berdentum di gegendang telinga. alhamdulillah satu persatu lirik dapat disampaikan dengan penghayatan tanpa ada gelincir pada tonanya. walaupun ia hanya nyanyian akustika dramatika dan lelaki bassist dari kumpulan khayalan.

Dia Muhammad, nyanyian tompi, Hanya Milik Dia, lagu radiostar, ray charles dan lagu nukilan hotel california. tepat pukul 21.45 kami beredar dengan harapan, pendengar semuanya pekak mendengar sumbangan yang terkeluar. terima kasih semua.

maaf tiada gambar.

Wednesday, November 26, 2008

macam-macam

semangat untuk menulis dinihari.

salam dan sejahtera.

barangsiapa pembaca, pernah bersenam?
jawapannya mungkin majoriti akan mengatakan YA. tetapi disebalik senaman itu rupanya punya pengharaman juga. isu yoga dijadikan garis panduan untuk ahli cerdik pandai ilmu agama meniliti isu ini dengan sebaiknya. akhirnya kata putus mengatakan senaman itu haram. puncanya berkaitan dengan mantera jampi sakti dari agra.

namun usul yang mahu disampaikan bukan isu yoga dan agra. tapinya kumpulan cerdik pandai ilmu agama yang tidak putus-putus mencari penyelesaian bukan fardhi. apa tidaknya, jika mahu dibincangkan, kenapa tidak isu pesta media prima yang melalaikan tidak dikeluarkan fatwanya? ditambah dengan muslimin yang meninggalkan solat jumaat tanpa darurat, dan mereka bebas berkeliaran laksana burung pulang ke sarang di waktu petang? ditambah dengan fatwa penahanan manusia tanpa bicara dengan entah apa sabitan dan akta? bagi aku inilah punca kehormatan islam itu dipandang rendah.

aku setuju dengan kehendak mereka mengeluarkan status yoga demi kemaslahatan umat. namun bukankah status penzaliman dan kelalaian umat itu lebih penting dibincang dan jalan penyelesaiannya.?

aku pening

kata orang

mengata orang, dia yang lebih.

salam dan sejahtera.

kata-kata diatas bukan bertujuan untuk dihala kepada sesiapa. namun sebagai iktibar yang dapat diambil dari perbuatan sang pengerusi dewan yang galaknya berat sebelah. malah turut menuding kumpulan lawan dengan meletakkan cop mengikut kehendak hati.

bagi aku yang melihat perbuatan, jujurnya merasa sedikit terkilan. isunya bukan apa, hanya meminta menarik semula kata-kata. namun akibatnya disuruh keluar dengan paksaan tanpa usul periksa. pihak yang menabur kata belitan dilindungi demi menutup pekung. demi kebatilan semuanya sanggup asalkan diberi mandat dan mungkin wang ringgit.

akibatnya, orang keramaian mula benci dan meluat dengan tindakan dilakukan. namun bagi aku, hujah yang dikeluarkan pengerusi dewan untuk meletakkan hukuman keatas 'gelugor' bukanlah isunya. yang menjadi pertikaian hanya ketidakadilan yang berat sebelah!

aku musykil.

selamat hari lahir

untuk ibu

selamat hari lahir


You taught me everything
And everything you've given me
I always keep it inside
You're the driving force in my life, yeah

There isn't anything
Or anyone I can be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side

You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
You'll always be you always will be the girl
In my life for all times


[Chorus: ]
Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama you're the queen of my heart
Your love is like
[ Boyz II Men Lyrics are found on www.songlyrics.com ]
Tears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin' you is like food to my soul

You're always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did

And you took up for me
When everyone was downin' me
You always did understand
You gave me strength to go on

There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for me
You'll always be
You will always be the girl in my life

Saturday, November 22, 2008

selesai

alhamdulillah.

selesai semua kertas subjektif yang wajib dijawab selama 3 minggu.

dari ukur kejuruteraan sehinggal mechanic structure yang membebankan.

mungkin ini sahaja yang mahu diungkap.

salam.

Saturday, November 15, 2008

perginya

bicara untuk kalimah itu takkan aku lupa.

salam dan sejahtera hendakNya.

minggu yang sukar untuk aku lupakan tatkala segala urusan yang ada masih belum selesai. dari kerja yang diberikan sang pengajar kepada tuntutan kewajipan kepada Sang Pencipta.

namun ini tidak menjadikan aku alpa kepada kewajipan sesama muslim.

pemergian ayah kepada seorang rakan yang aku rapat. sungguh tidak disangka ajal itu datang tanpa perlu ada rasa simpati dan kasihan. khabaran dari kakak seorang teman membuatku terpanggil untuk menjaga hak sesama muslim. tidak perlu untuk dikira berapa wang yang perlu dikeluarkan untuk perjalanan 3 jam. serta tidak pula diendahkan waktu keberangkatan samada ia siang atau malam.

seusai maghrib aku bergegas ke bilik rakan untuk bertanya khabar. adakah ayahnya tenat. namun dari riak wajah dan cucuran air mata menjadikan suasana kurang tenang. dengan pantas 2 buah kereta dengan muatan lima orang setiap satu mula bergerak. tidak kira kelajuan dan suasana jalanan. yang penting sempat sampai untuk menunaikan permintaan sang ayah yang tenat untuk bertemu anak lelakinya.

setiba di HUKM, suasan tidak keruan. sang anak mula panik. apakan tidaknya, hanya dialah permintaan terakhir sang ayah yang sudah tenat dan bakal dijemput menghadap Ilahi. lantas itu gegasan ke kaunter dan bertanyakan wad kebarangkalian. larinya sepantas kilat dengan harapan dan cucuran air mata. namun takdir Tuhan itu memutuskannya. kesempatan dan harapan hanya tinggal kenangan tatkala sang ayah 'pergi' dahulu. yang sempat hanyalah kucupan terakhir sang anak kepada jasad ayahnya. aku dan rakan tidak berdaya.

kematian tidak diduga dari takdirNya. istighfar dalam sedu mengingatkan dosa yang bertimbun tinggi. sedang dalm kematian itu, seminggu lagi ialah tarikh pernikahan anak perempuan lelaki yang terbujur kaku, tunggu untuk dimandi, dikafan, disolat dan ditanam. Allah Akbar!!!

persoalan kenapa ini semua berlaku tidak lagi timbul. aku teruja melihat si isteri arwah suami tetap senyum dan bertabah hati. sempat beliau berkata, ini semua takdir yang wajib diterima walau akal menolak segala persepsi itu. ada hikmah belangsungkwa ini berlaku. mati itu boleh berlaku dimana dan masanya tidak dikira walau muda atau tua. dari itu titisan dari kelopak mata aku pula mengalir. hebat wanita ini menghadapi situasi yang tidak diduga. kalau aku ditempatnya, mungkin teriakan yang mampu aku lakukan. benar.

namun keesokannya di ruangan penanaman masih ada rakan si mati yang masih becerita tentang harta dan dunia. tidak mereka sedar bahawa mati itu datang tidak cepat atau lamat walau sesaat. walau terkilan, talkin dijalankan dengan sempurna. yang datang msih berpusu dan ucapan takziahlah yang acap kali didengar. selesai segalanya membuat aku terpanggil untuk berfikir.

bila?dimana?bagaimana? akan kutemu ajalku.

Thursday, November 13, 2008

bangla

salam dan selamat ketemu.

hari ini aku ingin bermula dengan nada berbeda.
salam kepada pembaca.

pernah kau dan umum berjumpa dengan mat bangla?
pernah kau dan umum bekerja dengan mereka?
pernah kau berjabat dan bermesra dengan mereka?


mungkin agak janggal jika persoalan ini mula meruap dalam pemikiran. tapi bagi aku, akan bersyukur kehadratNya kerna Dia menciptakan mereka penuh hikmah.

bagi rata-rata warganegara pastinya akan memandang jelik dan hina mereka ini. mungkin kerana faktor bau dan tingkah laku. mereka agak pengotor namun tetap punya hati dan perasaan. alhamdulillah aku sempurnakan tugas bersama golongan ini selama 3 hari.

mungkin selama ini aku, kau dan umum punya persepsi sama iaitu memandang hina makhluk ciptaan Tuhan ini. walau dikira pada taraf dan pangkat pastinya mereka tidak punya apa untuk disetarakan. namun mereka punya kekuatan untuk hidup. hidup demi sesuap nasi yang mereka kunyah sebagai alas perut. jangan dikira itu, malah makanan melampui tarikh tamat tetap disental agar mereka punya tenaga untuk bekerja di subuh hari.

selama 3 hari inilah aku berkenal dengan seorang bangla bernama Sahadat. berwatakan menarik dan senyum adalah pemberian terbaiknya. jika dimarah dan dihamun, maka senyum diberikan. jika masalah melanda dirinya maka senyum ditarik selebar mungkin. malah jika dimaki seteruknya maka senyumlah menjadi pengukir pada raut wajahnya.

pada sikapnya pula, beliau tidak pernah mengharap belas ihsan hamba Tuhannya. cukup dengan amal cacitan di sebelah kanan dan kewajipan yang ditunaikan sehari semalam. jika tidak sempurna, maka ditambah dengan solat sunat dua rakaat, tanpa rasa berat dihati dan sifat menunjuk-nunjuk.

pernah persoalan mengenai keluarganya diajukan. yang mampu dijawab hanyalah jawapan kerinduan dan perasaan hutang budi yang tidak ternilai belah bagi terhadap ibunya tercinta. jutaan terima kasih beliau ucapkan walau jauh dimata, namun dekat dihati. ya, aku puji beliau atas jasanya menyedarkan diri ini.

benar kalam Tuhan itu bertitah, tidak Beliau ciptakan sesuatu dengan sia-sia. dan kejadian manusia berkaum dan berbeda budaya itu, agar saling mengenali antara satu sama lain.

jika aku, kau dan umum di kedudukan Sahadat pastinya sukar. kerna sudah bersediakah kita berhadapan dengan situasi diuji jauh dari keluarga demi sesuap nasi?
bersediakah kita untuk dimaki dan dipandang hina masyarkat demi dipandang mulia di sisiNya?
bersediakah kita menjaga ibadah dalam keadaan letih lesu kerna kerja 12jam?
dan..bersediakah kita menghapNya dalam keadaan sekarang?

sejenak berfikir

Thursday, October 30, 2008

telefon dan tali barutnya

alhamdulillah dapat berterusan disini.

sambungan daripada mauduknya. hari ini seolah budaya telefon atau hp menjadi nadi kepada umum. tidak kira samada aku, kau dan kamu. semua memerlukannya dan menjadi kepentingan di merata. jika dikira, majoriti yang lahir sudah punya ia. dari kecil hingga besar. dari panjang hingga pendek. asalkan ia bernama telefon atau hp. malah menjadi kewajipan. tanpanya hidup tidak bermakna.

namun disini tedapat seribu satu kebaikan dan keburukan. ya, segalanya punya pro dan kontra. dari segi kebaikan itu punya seribu satu niat yang menjerumus ia. tidak dinafi dari segi dakwah, keselamatan dan kecemasan. tegasan di mauduk ini sebenarnya lebih kepada nilai keburukan yang ia punya.

cinta, ugutan dan bermegah antara cabangnya. jika dilihat dari mereka muda mudi seperti aku, kau dan umum, sudah tentu ianya antara materi utama untuk mencari teman dan pasangan. indahnya hidup jika punya teman untuk berkasihan dan mencurahkan erti cinta dari lubuk hati sebenar. dari ia jugalah bergejolak nafsu nafsi dalam diri. dari sms kepada mms, kemudiannya bersuara. jika difikirkan adakah kita punya ia untuk ini semata. aku kau dan umum punya jawapan sendiri.

keduanya dari cabang ugutan. jika yang punya pangkat, maka kuasa ugutannya lebih besar untuk ditindas pada mereka kaum yang kecil. tetapi setakat mana?? aku belum mencapai martabat itu.

ketiganya cabang kemegahan. sifat ingin tahu mula melanda pabila adanya segelintir umat yang sanggup bertukar jenis tatkala saban hari keluarnya model baru. nilai matawang bukan penghalang golongan ini. tetapi setakat mana mampu diubahnya. kemudian ditayang untuk tatapan umum sebagai bukti sifat mengikut arus permodenan. benar kalam Tuhan itu tertulis. jika dunia dikejar makanya tiada cukup. mereka ini hanya akan terus menambah dan menambah hingga seterusnya. tiada erti cukup atau henti dalam benak kamus hidupnya. mungkinkah aku kau dan umum antara golongan ini?

makanya bersyukurlah apa yang dimiliki. jangan tergolong antara tiganya. jika dibahas topik takkan habis.

bersama berfikir.

Tuesday, October 21, 2008

dimana sosok tubuhnya

Hari ini berlangsung sidang dewan rakyat untuk perbahasan. Perbalahana dan pertikaian yang membina untuk kepentingan rakyat. Bukan mudah untuk seseorang itu memikul satu tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Tetapi kebenaran mula terungkai tatkala persidangan yang dilakukan hanya seperti perbualan antara si cerdik pandai yang mahukan perobahan demi kepentingan rakyat dan mereka yang berotakkan kerusi dan meja.

Cukup dengan kehadiran kedua elemen tersebut untuk menggantikan seseorang itu di dewan jelata. Jika dikatakan takut untuk berhadapan dengan situasi sebenar, makanya tidak mungkin. Kerana mereka hebat berkata-kata di media cetak dan elektronik. Jika ingin dikatakan mereka itu tidak berperasaan, juga tidak mungkin. Kerana mereka masih beridentitikan sang penderma yang “membantu” mereka didalam kesusahan.

Maka apa gunanya persidangan yang dilakukan. Katanya untuk mebahaskan isu yang berkaitan. Namun pak menteri, timbalan, hatta qarinnya juga tiada. Dahulunya ketika manifesto hangat diperkatakan semasa pemilu dijalankan, segalanya mungkin. Kini semuanya hanya hangat-hangat tahi ayam.

Bukan untuk mengutuk semata. Jika benar apa yang dikata, serta bukan hanya beromong kosong. Maka hadirlah demi kepentingan mereka dibawah. Tidak semuanya berharta. Dan menjadi tanggujawab dan kewajipan bagi mereka menjadi mata, mulut dan telinga bagi rakyat.

Belum terlambat.

kehendakNya

jika aku dalam kesusahan, pasti si Dia yang aku cari agar dipermudahkan jalan dalam mencapai apa yang diinginkan.

Jika kau dalam kesulitan, pasti diriNya yang kau sebut dan ucapkan. Moga segala rintihan didengari.

Namun hakikatnya, aku, kau dan umum mudah alpa. alpa dalam kesenangan, kemewahan dan sebagainya. Segalanya cukup. Tidak perlu Dia untuk dihamparkan rasa syukur. Tidak perlu Dia untuk disebut dan dipuja. Tidak perlu Dia untuk dikongsi hanya dengan bertahmid. Tidak perlu dan segalanya tidak perlu.

egala yang dinikmati dianggap usaha sendiri. Segala kepahitan dalam kesusahan hanya diri alami. Jikalau tawakkal hanya seperti telur dihujung tanduk.

Maka berbaloi-lah jika pintu taubat ditutup serapatnya tatkala mentari terbit di ufuk barat. Bukankah begitu?


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedihnya

Ujian gagal.

Wang dipertaruhkan.

Masa dibuang.

Malu mendapat.

Kesedihan menimpa.

Namun semua itu kehendakNya setelah usaha dilakukan dan tawakkal. Ada hikmah kerna apa itu terjadi. Jangan difikir itu adalah muktamad segalanya. Coba dan usaha lagi. Mungkin satu sinar kebahagiaan menunggu.

Diri tidak seteruk nabi tatkala menghadapi tahun kesedihannya. Tidak juga seperti beratnya ujian yang diberikan padanya untuk menyampaikan. Tidak juga mensia-siakan sedetik waktu yang mengiringi sepanjang hela nafas ditarik dan dihembuskannya.

Maka Sudahlah.

Friday, October 17, 2008

tiada tajuk

alhamdulillah.
memang perlukan banyak kesyukuran padaNya.

jam 4.30 ptg tatkala pulang dari site office, hujan masih lebat turun. namun keinginan untuk pulang membuak-buak. entah mengapa. kemudian, kunci dicapai, dan helmet dipakai, terus di tekan punat pemula automatik.

"hujan pon hujan laa..janji rumah sampai". detikan hati berkata.

dari rawang perjalanan lancar. terus memecut walaupun melebihi had kelajuan jabatan keselamatan jalan raya. dalam perjalanan seronok memandu laju. seperti terbang ke udara walaupun tanpa sayap yang mengibas dan ekor yang mengemudi. bebas.

namun lepasnya jejambat jalan kuching, kepala lori cuba memintas. mungkin ianya tidak punya beban untuk ditanggung. hujan makin lebat. jalan raya makin licin. kira 2 minit kemudian sebuah kereta buatan jepun mula berpusing. motor yang ditunggangi mula berpusing. cemas berleluasa. mungkin ajal mula mencuit.

"ya Allah..!!!". suara anak tekak dikeluarkan sekuat hati.

eeettt...dushsshhhh.. guardrail yang dahulunya lurus, sudah bengkok. kepala lori tadi pula sudah melekat pada bumper belakang kereta tersebut. motor yang ditunggangi mula mencium jalan yang basah dan licin.

mata yang dianugerahi Tuhan mula kabur. mulut ternganga dengan degupan jantung kencang cuba keluar dari tubuh. aku terduduk kaku di tengah jalanraya bahagian memandu laju. aku bangun walaupun tidak menyedari seluar dan baju yang disarung sudah koyak. tidak rabak.

aku gagahi bangun dan bergegas ke kereta tersebut sambil pemandu dan kelindan lori terpinga.

"akak okey ke..?? camne leh jadi camni..??" soal aku cemas.
"saye okey. cume tadi x nampak jalan. hujan lebat sangat. maaf adik." jawab wanita lingkungan 30-an. mungkin hatinya tidak mempercayai apa yang telah berlaku.

singkatan cerita. 10 minit kemudian, pihak polis dan ambulance datang. aku diperiksa, namun tiada kecederaan. cuma jeans koyak. takut mak marah. hahaha.. pemancu kereta juga selamat tetapi kakinya terseliuh. mungkin menekan brek setengah mati. dan, pemandu lori tiada apa. cuma kelindannya patah hidung. pelik dan hairan. mengapa ya..
yang penting semua selamat dan dapat ke pangkuan yang disayangi.

namun aku pulang dan dimarahi.
"amin merempit yeah..!!!" nada seorang ibu.
"hahahahaha" aku hanya mampu tergelak.

selepas mandi dan komputer di buka. aku terkejut. "bapak" juga accident dan cedera teruk hingga telung belulangnya hancur dan patah.

jutaan kesyukuran aku panjatkan pada Ilahi.
tapi aku pening. motor barai dan bagaimana untukku berulang dari kelas ke tapak latihan dan rumah. mungkin pengangkutan awam ada jawapannya. fuuhhhh...

alhamdulillah.

Thursday, October 16, 2008

bidasan mantan tahanan ISA '72

salam.

mulai 13 oktober lalu bidasan dalam perbahasan belanjawan '09 telah berlaku. antara pihak pro dan kontra. pelbagai tujuhan persoalan diajukan kepada pembentang belanjawan yang "ghaib" entah kemana. namun ianya tetap jua diajukan kerana perbahasan ini melibatkan periuk nasi rakyat yang bakal ditutup pasir jika tidak diurus dengan sempurna. hakikat yang ada wajib diterima pemerintah kerana peratusan inflasi kian meningkat saban hari. jika dihitung, berapa angka mahasiswa / siswi yang menganggur akibat ketiadaan pekerjaan asbab pelarian pelabur yang tidak yakin akan kekuatan ekonomi di malaysia.

selesai aku meneliti apa yang cuba diberikan oleh abu izzah, ada kebenaran disitu. kenapa perlu kenaikan harga minyak berlaku jika bumi bertuah ini adalah antara negara pengeluar. kenapa perlu dipertingkatkan perkhidmatan awam jika pengurusannya tidak cekap setelah bertahun berlalu. kenapa syarikat swasta yang tidak bergantung kepada proksi mampu bersaing namun syarikat yang punya saham dan kroni didalamnya hanya reti membaham wang rakyat. dan sebagainya.

inilah realitinya berlaku dalam sistem pemerintahan negara. komisen menjadi taruhan untuk mencapai sesuatu. tanpanya hidup bagaikan terumbang ambing. aku gelisah bila memikirkan peruntukan yang dikeluarkan oleh pihak proksi dan pengembaliannya kepada negara dan khususnya kepada rakyat. adakah berbalaoi jumlah yang dikeluarkan dengan kelebihan yang akan dirasai rakyat?. terutama mereka yang tidak berkemampuan.

bagi mereka yang berfikiran totok bagai katak bawah tempurung akan merasakan kepimpinan yang ada adalh yang tebaik. jika begitu kenyang besarlah mereka di bahagian proksi. lebihan lagi yang memegang kunci sri perdana.

fikirkan

genre-genre nya

salam.
semoga umum dalam keredhaan Allah.

hari ni merupakan hari ketenangan bagi aku dan seluruh yang mengenali. alhamdulillah habis kerja yang disiapkan di kampus dan di tapak bina serta studio. tapi perasaan sesal ada sedikit tatkala menilai komponen muzik yang ada sebagai halwa telinga dan pengikutnya.

rock, jazz, pop, dan sebagainya ialah cabangan muzik. masing- masing ada kehendak untuk mendengar dan menilai cara pembawakan muzik. tidak lupa kepada penonjolan sikap pemuzik itu sendiri. ada yang jelek dari pandangan mata, namun enak didengar tatkala diputarkan dan susunan yang aneh namun membawa ketenangan. dan sebaliknya.

wassalam

Thursday, October 9, 2008

pak lawak

salam kepenatan.

ringkasnya hari ini masuk hari ke 9 bulan syawal menjelma. masih ada ramai yang ingin mengunjung sahabat dan tetangga di samping mereka yang sibuk menguruskan walimah masing-masing. syukur ke hadrat Ilahi kepada mereka kerana diberikan rezeki dan jodoh seiringan.

alhamdulillah, kerana masih berkesempatan mengutarakan apa yang ada di benak pemikiran. hari ini kita melihat bumi malaysia bergolak dengan krisis politik dan ekonomi yang kian meruncing. saban hari akan ada mereka yang tidak berkemampuan meminta sedekah. kuantiti ini menambah sehingga ke hari ini. namun bagi mereka di pihak tertentu hanya sibuk dengan pemilihan parti. tidak kira dari pendokong parti sehinggalah kepada mereka yang berada di posisi komponen. adakah mereka sedar atau hanya mengejar pangkat semata. tidak lupa kepada harta yang akan menunggu bagi mereka yang berada di posisi tertinggi. semua manifesto yang dilaungkan hanyalah omongan. pak menteri sibuk untuk mempertahankan kedudukan. mereka di pangkat kedua berebut jawatan tertinggi. hingga bercakaran dan berkelahi. dan bagi mereka yang angaukan kedudukan, mencuci kasut kelembai ini pun jadi.

benar kalam Tuhan menyebut. tidak pernah rasa puas dalam diri manusia itu. harta dikumpul. nama, pangkat dan kedudukan dikejar. darjat dan kasta ditinggikan kepada golongan tertentu. golongan yang menegur kesalahan mereka akan dilabel dan disel. tidak kira samada mereka yang ditangkap itu punya keluarga atau tidak. janji, pekung ditutup. lubang kesalahan di kambus sedalamnya. apa yang dikata mantan kepala menteri itu dulu benar. mereka semua hanyalah Pak Lawak. bermain boneka namun pentas dan jalan ceritanya tiada.

Badut.

Sunday, October 5, 2008

Eid

ramadhan berlabuh dengan seribu satu pengharapan bagi mereka yang mencari kasihNya. tahniah bagi mereka yang menjumpai malam seribu bulan. bila berbincang dengan rakan dan para ilmuan, rupanya masing-masing telah ditemukan oleh Allah Taala dengan Lail Qadr. aku tersedu. kata mereka ianya muncul pabila malam 24 berlabuh. subhanallah.

bagi aku, apa yang penting semoga dipertemukan lagi dengan ramadhan. aku benar mengharap. yang berlalu biarlah pergi.

1 syawal kali ni aku tatapi dengan penuh rasa bersyukur. walaupun tak balik kampung, namun kutemui sahabat yang bertahun tak jumpa. amar zabidi terserempak. mu'az buzzing. busut di castle. faizal dan fauzi mesej. farid berjumpa. dan ramai lagi. maaf jika nama kalian aku tak sebut.

sedihnya bila terkenang mereka yang menyambut syawal dalam keadaan berhati-hati dan berwaspada. mereka tidak mengimpikan ketupat, rendang dan lemang. hanya redha Ilahi yang dinanti dan kembali ke pangkuanNya dalam keimanan.

Allah Akbar Walillah Hamd

Thursday, September 25, 2008

melayu oh melayu

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kampong orang melayu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

aku org melayu..apa nk jadi ngan bangsa aku..kembalilah kita kepada suruhan nya dan tinggal lah apa yg di larang nya..minta lah keampunan kepada Allah s.w.t
akhir nya kita pasti kembali kepada nya.. fikir-fikirkan lah!

Sunday, September 21, 2008

akhirnya

salam. tak nak berceloteh. saksikan..

mula berhidang

assabiqun al awwalun
abg aziz sempat
sental dulu.hehehe

si dia tiba. namun kelewatan.
dan kami kelaparan.

sedikit perbincangan berlaku.
90% merepek

90% harta peninggalan
sudah dihabisk
an. 10%
menyusul kemudian

berketip gambar bersama

bila dilihat kembali segalanya bagai mimpi. masing-masing punya arah dan tujuan. hanya perlaksanaan membezakan cara menggapainya. patah tumbuh silih berganti.terima kasih.

Wednesday, September 17, 2008

16 september

salam kepada semua.

tatkala umum menantikan malam lailatul qadr dengan perasaan penuh pengharapan, terdapat segelintir pihak yang menantikan tarikh keramat 16 september. satu arus perobahan yang menjanjikan kebahagiaan kepada seluruh rakyat. namun benarkah tanggapan itu? dengan hanya penukaran tampuk pemerintahan, rakyat akan mendapat hasil tuaian dan keuntungan yang besar. tidak pernahkah kita terfikir bahawa semua itu hanya datang dengan kehendakNya?

aku tertanya pada diri dan teman-teman, adakah mereka yakin dengan adanya perobahan tsunami itu, lantas menjadikan malaysia sebagai pemimpin asean di mata dunia kelak, sepertimana yang pernah kita kecapi dahulu, tatkala malaysia hanya bersaing bersama korea dan jepun di persada dunia. hatta singapura masih terkapai-kapai mencari destinasi haluan bagi memantapkan ekonominya..

namun, zaman kegemilangan itu sudah lelap ditelan zaman. yang tinggal kini hanyalah igauan yang masih termimpi akan kisah lalu. sungguh indah pada waktu itu. kini yang tinggal hanyalah mereka yang memimpin berlandaskan nafsu semata. aku pernah terdengar akan sabda Baginda tentang kemungkaran. jika kita melihat suatu kemungkaran itu, hendaklah diubah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, ubahnya dengan lidah (kata-kata), jika tidak mampu, bencilah ia dengan hati. kerana itu ialah selemah - lemah iman. namun kini perlaksanaan itu mampu dilakukan dengan kuasa. dan mereka yang berusaha kearah amr ma'ruf nahi mungkar, semakin kurang bilangannya. tapi mereka tetap teguh dengan pendirian dan istiqamah.

meskipun perih untuk melakukannya, mereka yakin akan kemenangan yang dijanjikan. jika dilihat pada maudhuk asalnya, 16 september, ianya hanyalah angka semata. yang dilihat sebagai penentu. namun bersama beringat, bahawa kita hanya berusaha, dan Dia yang menentukan segalanya. biar bukan pada waktu itu, mungkin esok. jika tidak, lusa dan tulat. pertimbangan terhadap perubahan tetap ada. tetapi perlu diingat. jangan dibuai dan leka dengan arus politikus semata, kerana jika ianya ketahap melalaikan dan begitu taksub, mungkin membawa kemudaratan. pada diri sendiri dan amalan. aku kau dan umum punya tugas di tanah ini. khalifah!

Kekasihku telah bersabda, akan tiba suatu hari dimana pemimpin yang zalim akan diangkat sebagai pemimpin. dan zaman itu telah tiba pada tahun 2008 ini. benang yang basah cuba ditegakkan. walau diketahui akan memakan diri. mereka ini apabila dibacakan ayat-ayat Allah SWT tidak gentar hatinya, bahkan kekal dengan apa yang telah mereka lakukan. nauzubillah. bersama mengharap semoga sifat sedemikian jauh dari diri dan keluarga. aku kini masih mengharap agar terus dilimpahkan keimanan kerana takut bala Tuhan itu datang. justeru, sudah bersediakah para daie menggalas tugas dan tanggungjawab? persoalan itu juga masih timbul dalam diri aku.

fikir dan taubat.

Sunday, September 14, 2008

ratu hati

Jangan dititiskan air matamau
Tak usah keliru
Tiada menentu
Ada sinar di wajahmu
Ada syurga di hujung jarimu
Damai sungguh hati
Kau penawar dikala sunyi
Ratu hati..ibu
Hentikan renungan.. jauh disayu
Hilang tanpamu.. bukan kau tak tahu
Nak ku cium kan ku peluk lari kepadamu
Sayang sungguh ibu
Tak mungkin jemu
Tak bisa luntur
Semenjak lahir lagi
Jika tak pernah ku nyatakan
Ibu dengar ini lagu
Lupakan segala sengketa lalu
Maafkan diriku
Memang ku tak tahu
Ibu mami mama umi
Hingga akhir nanti
Pintaku jangan kau sedih
Usah kusut lagi
Kasihmu abadiku didalam hati
Doaku jangan kau pergi dulu
Ibu


p/s : lirik lagu ini dirompak daripada pot amir.hehe

Saturday, September 13, 2008

Friday, September 12, 2008

membabi buta

genap 51 tahun malaysia diperintah oleh penguasa yang buta dan tuli semenjak pengisytiharan che det sebagai pemimpin nombor satu di tanah melayu.semua" kaki dan tangan" yang sepatutnya digunakan untuk membantu masyarakat madani ini, telah digunakan untuk kepentingan peribadi dan menutup pekung busuk hanya untuk kepuasan nafsu serakah sendiri.aku setuju untuk mengisytiharkan bumi bertuah ini sebagai negara Islam. namun hala tuju kearah itu hanya omong kosong. tidak perlu diungkapkan kenapa dan mengapa. Carlsberg, Genting, dan lain-lain merupakan faktornya.

setelah lebih 20 tahun memerintah, cara pemerintahan ini diteruskan oleh penggantinya. Islam Hadhari. pengisytiharan lantang yang dikeluarkan telah meluakkan ulama besar tanah air dengan isu ini. hasil laungan ini, maka lahirlah sang kelembai yang menegakkan kebatilan dan menutup segala kebenaran, hingga berbuih mulut menyuarakannya. lahir juga sang kelembai yang pakar menggunakan c4, yang botak kepalanya untuk terus menerus menyumbat rakyat ke lubang ISA, dan tidak lupa sang kelembai yang pakar menguli perpaduan yang telah dibina hampir 50 tahun.

aku terus berfikir, dimana perginya mereka yang sasa imannya untuk mengungguli kebenaran. jangan diharapkan swan dikalangan itik semata. aku, kau, dan umum punya kerja untuk mengubah diri, keluargan dan masyarakat untuk keluar dari kepompong kejahilan yang saban hari meratah iman si pelupa. jangan hanya hangat-hangat tahi ayam dalam memperjuangkan agama dan kebenaran. bangun bersama membina institusi persekutuan berlandaskan kesyumulan.

semoga menjadi kebenaran.

hak lawan batil.

Monday, September 8, 2008

bodoh atau prihatin

salam..
alhmadulillah.syukur pada Allah SWT kerna memberikan peluang berpuasa sehingga ke hari ini.namun apekan daya mereka yang tidak mampu.semoga diberikan kekuatan olehNya untuk terus berpuasa.

dalam diam rupanya sudah dua kali kejadian kenaikan dan kejatuhan harga minyak berlaku di tanah malaya.bagi aku tiada yang mustahil selagi akaun dermaga minyak digenggam erat oleh mereka yang kebulur dengan harta duniawi semata.dan ini telah dibuktikan oleh Al-Quran mengenai mereka yang tamakkan harta.sehinggakan mereka yang mengumpul harta itu berasa tidak cukup dengan apa yang dimilikinya.sifat tamak ini jika mula mencekup bidang iman seseorang, ianya akan terus menular lantaran hidup dan matinya hanya untuk harta.sembahan dan pengakuan bukan lagi untuk Rabb al-Jalil tetapi mendaulatkan harta lebih daripada itu.nauzubillah.

jika pancaindera digunakan ini, umum dapat melihat, mendengar hatta merasa derita kenaikan harga minyak.mutakhir ini harga minyak cuma diturunkan 15sen.dan pihak persekutuan akan mempertimbangkan untuk menurunkan harg minyak akhir tahun ini.itupun jika harga minyak di pasaran dunia kekal $109 setong.jika dilihatkan tanah malaya merupakan pengeluar minyak.terbaru pula, pihak persekutuan sanggup menanggung perbelanjaan rakyat sekitar RM150 juta untuk menampung kos 9000 liter minyak bagi eidul fitri nanti.dan ini disifatkan mereka sebagai prihatin kerana mengurangkan beban rakyat.

jika ditafsir tingkah laku ini, salahkah jika nilai minyak tidak dinaikkan sahaja atau diturunkan.aku, kau dan umum mudah dikaburi apabila khabar itu terbang ke cuping telinga.tapi sedarkah bahawa harga keperluan tetap tidak turun.malah melambung naik dengan kadaran mendadak.

dan kini rakyat disuruh mengamalkan pertanian dirumah.jika mereka yang tinggal di flat atau rumah pangsa,bukan sahaja bercucuk tanam, menyediakan tanah sekangkang kera pun tidak mampu.kepimpinan dan teladan dimata rakyat.jika sang menteri mula bercucuk, apa salahnya rakyat ikuti.namun sebaliknya.kini kita boleh menilai...

siapa yang harus berjimat???

bodoh atau prihatin.

pantun oh pantun

Friday, September 5, 2008

bengang dengan roomate???

20 cara untuk jadikan roommate anda gila





Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka [ SENSOR DC ], sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka [ SENSOR DC ] dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

hehe..try lah...

thanx Muchang

Tuesday, September 2, 2008

tarawikh, terawikh, terawih ect.

alhamdulillah.masuk hari kedua berpuase.
pelbagai riak wajah aku tengok.lemah, lesu, longlai, tidak bermaya dan sebagainya.namun kewajipan sang hamba tetap dijalankan.menjelang isyak, selepas berbuke, berduyun orang ke masjid menunaikn solat tarawikh seusai solat fardhu isyak. (harap dapat trwkh penuh tahun nie).

sampai ke masjid perasaan gembira menjadi hiba.aku terkilan melihat perlakuan aneh pemuda dan pemudi (mungkin 1st time smbhyg) sebelum dan selepas trwkh.

sebelum tarawikh
1.datang ke masjid hanya tuk berjumpe membe.(aku dtg da nak abis solat isyak.tp dorang masuk msjid pun belom lg).
2.dok parking rokok lg pas bilal mengisytiharkan solat sunat trwkh nak start. (jerih sore bilal suro dorang msuk.klu ikut hati mau bilal 2 suro balek.segan).
3.pemudi pulak msuk ke msjid dalam keadaan rambut tersisip rapi disikat.sopan gadis melayu.just tutup pale ngan anak tudong je.
4.majoriti ank muslimun solat dengan beraneka fesyen dan warna rmbut.siap ade kilat-kilat lagi kat pale tuh.

selepas tarawikh
1.pemuda dan pemudi keluar msjid dengn couple masing2.(hehehe.amar ma'ruf amar mungkar).
2.yang dok isap rokok xabis lg isap.sampai mkn moreh pun dok isap lg.(xsaba nk jumpe munkar nakir kot).
3.sesape bawak kete murah (cam kancil ect.) mst kene usha semacam.al-maklumlah,hanya org kaye layak solat at c2 kot.

so...klu nk tulis panjang lg.tapi jari xlarat.ape yang aku harap bersama kite berganding bahu dan berdoa semoga syabab malaysia berubah.bab skarang ibadah itu sndri dah jd fitnah.nauzubillah.jom berdoa.

Sunday, August 31, 2008

merdeka dan puasa

pejam celik sudah sampai ke bulan yg ditunggu.bulan penuh barakah diselangi dengan gempita merdeka 2008.sudah 51 tahun merdeka namun kemerdekaan yang dikecapi hanya laungan semata serta tidak lebih dari itu, hanyalah pembaziran dan hiburan tanpa sempadan.tepat jam 12am semua berteriak dengan laungan merdeka.MERDEKA,MERDEKA MERDEKA!!!(sakit telinge aku dok denga orang menjerit).tapi adakah kita,aku,kau,mereka dan umum telah merdeka??? merdeka dari segi agama? merdeka dari segi pemikiran? dan merdeka dari segi penghayatan islam yang syumul tanpa had dan sempadan pengamalannya?

namun tahun ni, Allah SWT memberikan keizinan menyambut bulan kemerdekaan di dalam bulan ramadhan.bulan penuh barakah didalamnya mempunyai satu malam menyamai seribu bulan.laitul qadr yang penuh nikmat hanya pada umat Muhammad diberikanNya.bagi yang menunggu kedatangan bulan ini, begitu indah dirasa.bagi mereka yang perit menghadapi bulan ini, pasti jerih untuk mengharunginya.malah mencari jalan untuk "berbuka".

bukan nak poyo tapi itulah hakikat.bagi aku, harus diterima dan perlukan pengislahan dari segi pemikiran dan penghayatannya.jom jadikan ramadhan kali ini penuh bermakna.tingkatkan amalan dan hindari kemungkaran.walau bukan dengan tangan, dengan mulut, atau dengan membenci kemungkaran itu apabila melihatnya.kekalkan amalan kepada bulan2 lain.

aku bersyukur.

Friday, August 29, 2008

Bajet Dan Brek

alhamdulillah sempat juga aku sampai at umah sebelum pembentangan bajet 2009 yang dibentengkan oleh pemimpin pertama Malaysia dan disokong ole pelopor menteri samade berpotfolio atau tidak.namun apa yang di bentangkan cukup mengelirukan aku sebagai rakyat malaysia yang prihatin (tol ke??)

1.Pak Lah sebelum ini memberitahu tentang harga minyak yang bakal turun pada 1 sept 2008, namun langsung tidak disentuh semasa pembentangan dibuat.
2.pembentangan kali ini majoritinya menyentu
h tentang cukai dan pembaikan sistem pengangkutan awam di malaysia.sedangkan umum sendiri tahu syarikat Rapid KL dan Rapid Penang milik siapa...(hahahaha..kantoi,,)
3.penjawat awam tidak mendapat sebarang ins
entif atau kelebihan melalui bajet 2009 yang dibentangkan.(mak aku cakap..bab die keje ngan kerajaan.hehehe)

atas sebab diatas sukar untuk aku mempercayai ape yang dikatakan oleh pemimpin pertama Malaysia sebab banyak kata-kata beliau Kazeeb.dan Allah SWT melabel orang-orang kazeeb ini sebagai munafiq sepertimana yang ditulis didalam al-Quran:

" Sesungguhnya orang-orang munafiq itu ialah
orang yang berdusta"




tapi sebelum aku sampai at umah, semasa aku berada di jalan kucing (sedang asyik memandu) tibe-tibe..
'Eeeeeeiitt.....tooonnnggggggg!!!!' sebuah van yang baru memotong aku (dalam 15saat) mem-Brek dalam keadaan mengejut,pastu..tegolek depan mate aku..
fuuuuuuuuhhhh..dahsyat.sebijik cam dalam citer action at dalam tv.time tuh tros istighfar.seb bek bukan aku yang terbalik.



Thursday, August 28, 2008

Fu-yoh

alhamdulillah.selamat gak aku sampai at umah walaupun arini pegi kelas dan site di rawang dalam keadaan kurang sihat.namun proses pembelajaran wajib diteruskan walaupun sakit datang bertubi kerana, antara tiga benda yang akan kekal sesudah pemergian seseorang manusia itu ialah Ilmu Yang Bermanfaat.proses pencarian ilmu itu penting agar dapat disampaikan kepada sesiapa atau dimana sekali pun.tumpuan 110%, penting!!!

at rawang sebelum hujan turun aku sempat ambil beberapa gamba sebelum hujan turun dalam keadaan serba kekurangan untuk tatapan umum.Subhanallah..




Tuesday, August 26, 2008

p044




Assalamualaikum w.b.t

hari ini merupakan hari yang penting dalam pasca 51 tahun merdeka tatkala pilihanraya kecil permatang pauh (p.p) telah pun melabuhkan tirainya dengan dicanang oleh DSAI dan Datuk Arif Shah.walaupun bagi aku tiada yang penting pada tarikh 26 ogos 2008 ni, namun kelibat manusia di p.p menarik perhatian.sungguh tak pernah aku teruja seperti ni (sampai sanggup tunggu at depan komp tuk tau keputusan) walaupun orang kate hanya pilihanraya kecil (PRK).

apa yang dicanangkan dari parti pembangkang untuk PRK kali ini amat menarik.iaitu keadilan dan kesaksamaan serta kestabilan dan penurunan harga minyak.(pernah jugak aku piker nape kerejaan sanggup naik harga minyak sampai 70sen.aku nk g kelas sampai sehari RM8 woo..).namun terdapat alasan oleh pemimpin.sesungguhnya kenaikan harga minyak untuk membantu rakyat.pergh...

kembali ke PRK p.p tadi.kempen yang dilakukan oleh wakil BN pulak amat menyayat hati.(rasenye xperlu ckp kot.bab umum da tahu ape yang dicakapkn oleh BN semasa berkempen di p.p).namun masih inginkan kemenangan walaupun rakyat "kurang" menyokong mereka.tapi hasilnya walaupun belum keputusan muktamad namun sudah diketahui kemenangan berpihak kepada siapa.PR ke putrajaya.

namun apa yang aku sedih disini apabila puluhan ribu jemaah penyokong kedua2 parti berkumpul, ke hulu ke hilir, dan terus menyokong tanpa menghiraukan tanggungjawab kepada MAHA Pencipta pemimpin yang disokong.dimana kewajipan pada waktu zohor?asar?maghrib? dan isyak??? itu belum lagi waktu subuh.dah berpenat sampai 2-3 pagi.memang susah nak bangun subuh woo..kalau yang bangun tu, aku tabik spring.dan bagaimana pula hamburan kata-kata kepada parti lawan masing-masing.ingat!!!walaupun berbeza fahaman politik namun agama yang dipikul itu sama.

so..mari beringat.menang kalah adat bertanding.walaupun mahu ke putrajaya dan memegang majoriti di parlimen satu tujuan, tapi tujuan yang sebenar kene beringat.ubah sebelum parah.

Monday, August 25, 2008

berjaya!!!


alhamdulillah..
single pertama member aku da berade di pasaran
(cume belum ade MO ngan record labels)..
tp macam mane pon tetap bersyukur.walaupun da sekian lama menunggu
(sampai abg aziz pon mintak at aku lagu dorang..hehehe) akhirnya tetap jugak keluar dengan single yang bertajuk 'Oh Bulan'.

walapun lagunya kurang bagus kualiti bunyinya (except Si Dia..bab fauzi marzuki yang wat mixing and mastering) tapi msih menampilkan lagu tentang alam sekitar dan sebagainya.

namun sebagai hamba Allah Taala, penganugerahan yang dikurniakan olehNya seperti bakat menyanyi dan bermain muzik seharusnya digunakan dengan sebaiknya demi mencapai redhaNya tanpa mengharapkan sebarang publisiti atau keuntungan.pernah jugak aku terpikir nak menyanyi..tapi sayangnya suara x best..(hehehe)..

p/s: for julies..tingkatkan peratus kemahiran dalam berkarya tanpa sempadan untuk membawa diri ke mercu Ilahi. (julie goes overseas)

Sunday, August 24, 2008

cobaan



testing..testing..
salam kepada sume yg melawat blog ni.
alhamdulillah dapat semula menulis at blog selepas melalui tarikh luput kematian pada blog saye nie.papepun syukur banyak-banyak bab diberi peluang kedua untuk hidup dan meneruskan apa yang selama ini dipinta oleh kawan-kawan (terutama musician) yang menyuruh saya menulis blog untuk tatapan dan buah fikiran di dalam berkarya dan nasihat kepada agar berkarya mengikut landasan yang betul.

p/s: aku ni pon bukan bagus sangat nak membetulka member2 at lua tuh..papepun tanggungjawab mengajak kepada yang ma'ruf dan meninggalkan yang mugkar itu wajib kpd sume muslimun