Saturday, November 15, 2008

perginya

bicara untuk kalimah itu takkan aku lupa.

salam dan sejahtera hendakNya.

minggu yang sukar untuk aku lupakan tatkala segala urusan yang ada masih belum selesai. dari kerja yang diberikan sang pengajar kepada tuntutan kewajipan kepada Sang Pencipta.

namun ini tidak menjadikan aku alpa kepada kewajipan sesama muslim.

pemergian ayah kepada seorang rakan yang aku rapat. sungguh tidak disangka ajal itu datang tanpa perlu ada rasa simpati dan kasihan. khabaran dari kakak seorang teman membuatku terpanggil untuk menjaga hak sesama muslim. tidak perlu untuk dikira berapa wang yang perlu dikeluarkan untuk perjalanan 3 jam. serta tidak pula diendahkan waktu keberangkatan samada ia siang atau malam.

seusai maghrib aku bergegas ke bilik rakan untuk bertanya khabar. adakah ayahnya tenat. namun dari riak wajah dan cucuran air mata menjadikan suasana kurang tenang. dengan pantas 2 buah kereta dengan muatan lima orang setiap satu mula bergerak. tidak kira kelajuan dan suasana jalanan. yang penting sempat sampai untuk menunaikan permintaan sang ayah yang tenat untuk bertemu anak lelakinya.

setiba di HUKM, suasan tidak keruan. sang anak mula panik. apakan tidaknya, hanya dialah permintaan terakhir sang ayah yang sudah tenat dan bakal dijemput menghadap Ilahi. lantas itu gegasan ke kaunter dan bertanyakan wad kebarangkalian. larinya sepantas kilat dengan harapan dan cucuran air mata. namun takdir Tuhan itu memutuskannya. kesempatan dan harapan hanya tinggal kenangan tatkala sang ayah 'pergi' dahulu. yang sempat hanyalah kucupan terakhir sang anak kepada jasad ayahnya. aku dan rakan tidak berdaya.

kematian tidak diduga dari takdirNya. istighfar dalam sedu mengingatkan dosa yang bertimbun tinggi. sedang dalm kematian itu, seminggu lagi ialah tarikh pernikahan anak perempuan lelaki yang terbujur kaku, tunggu untuk dimandi, dikafan, disolat dan ditanam. Allah Akbar!!!

persoalan kenapa ini semua berlaku tidak lagi timbul. aku teruja melihat si isteri arwah suami tetap senyum dan bertabah hati. sempat beliau berkata, ini semua takdir yang wajib diterima walau akal menolak segala persepsi itu. ada hikmah belangsungkwa ini berlaku. mati itu boleh berlaku dimana dan masanya tidak dikira walau muda atau tua. dari itu titisan dari kelopak mata aku pula mengalir. hebat wanita ini menghadapi situasi yang tidak diduga. kalau aku ditempatnya, mungkin teriakan yang mampu aku lakukan. benar.

namun keesokannya di ruangan penanaman masih ada rakan si mati yang masih becerita tentang harta dan dunia. tidak mereka sedar bahawa mati itu datang tidak cepat atau lamat walau sesaat. walau terkilan, talkin dijalankan dengan sempurna. yang datang msih berpusu dan ucapan takziahlah yang acap kali didengar. selesai segalanya membuat aku terpanggil untuk berfikir.

bila?dimana?bagaimana? akan kutemu ajalku.

1 comment:

'adz said...

spe ? kalo xkeberatan daku bertanya