Thursday, October 30, 2008

telefon dan tali barutnya

alhamdulillah dapat berterusan disini.

sambungan daripada mauduknya. hari ini seolah budaya telefon atau hp menjadi nadi kepada umum. tidak kira samada aku, kau dan kamu. semua memerlukannya dan menjadi kepentingan di merata. jika dikira, majoriti yang lahir sudah punya ia. dari kecil hingga besar. dari panjang hingga pendek. asalkan ia bernama telefon atau hp. malah menjadi kewajipan. tanpanya hidup tidak bermakna.

namun disini tedapat seribu satu kebaikan dan keburukan. ya, segalanya punya pro dan kontra. dari segi kebaikan itu punya seribu satu niat yang menjerumus ia. tidak dinafi dari segi dakwah, keselamatan dan kecemasan. tegasan di mauduk ini sebenarnya lebih kepada nilai keburukan yang ia punya.

cinta, ugutan dan bermegah antara cabangnya. jika dilihat dari mereka muda mudi seperti aku, kau dan umum, sudah tentu ianya antara materi utama untuk mencari teman dan pasangan. indahnya hidup jika punya teman untuk berkasihan dan mencurahkan erti cinta dari lubuk hati sebenar. dari ia jugalah bergejolak nafsu nafsi dalam diri. dari sms kepada mms, kemudiannya bersuara. jika difikirkan adakah kita punya ia untuk ini semata. aku kau dan umum punya jawapan sendiri.

keduanya dari cabang ugutan. jika yang punya pangkat, maka kuasa ugutannya lebih besar untuk ditindas pada mereka kaum yang kecil. tetapi setakat mana?? aku belum mencapai martabat itu.

ketiganya cabang kemegahan. sifat ingin tahu mula melanda pabila adanya segelintir umat yang sanggup bertukar jenis tatkala saban hari keluarnya model baru. nilai matawang bukan penghalang golongan ini. tetapi setakat mana mampu diubahnya. kemudian ditayang untuk tatapan umum sebagai bukti sifat mengikut arus permodenan. benar kalam Tuhan itu tertulis. jika dunia dikejar makanya tiada cukup. mereka ini hanya akan terus menambah dan menambah hingga seterusnya. tiada erti cukup atau henti dalam benak kamus hidupnya. mungkinkah aku kau dan umum antara golongan ini?

makanya bersyukurlah apa yang dimiliki. jangan tergolong antara tiganya. jika dibahas topik takkan habis.

bersama berfikir.

Tuesday, October 21, 2008

dimana sosok tubuhnya

Hari ini berlangsung sidang dewan rakyat untuk perbahasan. Perbalahana dan pertikaian yang membina untuk kepentingan rakyat. Bukan mudah untuk seseorang itu memikul satu tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Tetapi kebenaran mula terungkai tatkala persidangan yang dilakukan hanya seperti perbualan antara si cerdik pandai yang mahukan perobahan demi kepentingan rakyat dan mereka yang berotakkan kerusi dan meja.

Cukup dengan kehadiran kedua elemen tersebut untuk menggantikan seseorang itu di dewan jelata. Jika dikatakan takut untuk berhadapan dengan situasi sebenar, makanya tidak mungkin. Kerana mereka hebat berkata-kata di media cetak dan elektronik. Jika ingin dikatakan mereka itu tidak berperasaan, juga tidak mungkin. Kerana mereka masih beridentitikan sang penderma yang “membantu” mereka didalam kesusahan.

Maka apa gunanya persidangan yang dilakukan. Katanya untuk mebahaskan isu yang berkaitan. Namun pak menteri, timbalan, hatta qarinnya juga tiada. Dahulunya ketika manifesto hangat diperkatakan semasa pemilu dijalankan, segalanya mungkin. Kini semuanya hanya hangat-hangat tahi ayam.

Bukan untuk mengutuk semata. Jika benar apa yang dikata, serta bukan hanya beromong kosong. Maka hadirlah demi kepentingan mereka dibawah. Tidak semuanya berharta. Dan menjadi tanggujawab dan kewajipan bagi mereka menjadi mata, mulut dan telinga bagi rakyat.

Belum terlambat.

kehendakNya

jika aku dalam kesusahan, pasti si Dia yang aku cari agar dipermudahkan jalan dalam mencapai apa yang diinginkan.

Jika kau dalam kesulitan, pasti diriNya yang kau sebut dan ucapkan. Moga segala rintihan didengari.

Namun hakikatnya, aku, kau dan umum mudah alpa. alpa dalam kesenangan, kemewahan dan sebagainya. Segalanya cukup. Tidak perlu Dia untuk dihamparkan rasa syukur. Tidak perlu Dia untuk disebut dan dipuja. Tidak perlu Dia untuk dikongsi hanya dengan bertahmid. Tidak perlu dan segalanya tidak perlu.

egala yang dinikmati dianggap usaha sendiri. Segala kepahitan dalam kesusahan hanya diri alami. Jikalau tawakkal hanya seperti telur dihujung tanduk.

Maka berbaloi-lah jika pintu taubat ditutup serapatnya tatkala mentari terbit di ufuk barat. Bukankah begitu?


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedihnya

Ujian gagal.

Wang dipertaruhkan.

Masa dibuang.

Malu mendapat.

Kesedihan menimpa.

Namun semua itu kehendakNya setelah usaha dilakukan dan tawakkal. Ada hikmah kerna apa itu terjadi. Jangan difikir itu adalah muktamad segalanya. Coba dan usaha lagi. Mungkin satu sinar kebahagiaan menunggu.

Diri tidak seteruk nabi tatkala menghadapi tahun kesedihannya. Tidak juga seperti beratnya ujian yang diberikan padanya untuk menyampaikan. Tidak juga mensia-siakan sedetik waktu yang mengiringi sepanjang hela nafas ditarik dan dihembuskannya.

Maka Sudahlah.

Friday, October 17, 2008

tiada tajuk

alhamdulillah.
memang perlukan banyak kesyukuran padaNya.

jam 4.30 ptg tatkala pulang dari site office, hujan masih lebat turun. namun keinginan untuk pulang membuak-buak. entah mengapa. kemudian, kunci dicapai, dan helmet dipakai, terus di tekan punat pemula automatik.

"hujan pon hujan laa..janji rumah sampai". detikan hati berkata.

dari rawang perjalanan lancar. terus memecut walaupun melebihi had kelajuan jabatan keselamatan jalan raya. dalam perjalanan seronok memandu laju. seperti terbang ke udara walaupun tanpa sayap yang mengibas dan ekor yang mengemudi. bebas.

namun lepasnya jejambat jalan kuching, kepala lori cuba memintas. mungkin ianya tidak punya beban untuk ditanggung. hujan makin lebat. jalan raya makin licin. kira 2 minit kemudian sebuah kereta buatan jepun mula berpusing. motor yang ditunggangi mula berpusing. cemas berleluasa. mungkin ajal mula mencuit.

"ya Allah..!!!". suara anak tekak dikeluarkan sekuat hati.

eeettt...dushsshhhh.. guardrail yang dahulunya lurus, sudah bengkok. kepala lori tadi pula sudah melekat pada bumper belakang kereta tersebut. motor yang ditunggangi mula mencium jalan yang basah dan licin.

mata yang dianugerahi Tuhan mula kabur. mulut ternganga dengan degupan jantung kencang cuba keluar dari tubuh. aku terduduk kaku di tengah jalanraya bahagian memandu laju. aku bangun walaupun tidak menyedari seluar dan baju yang disarung sudah koyak. tidak rabak.

aku gagahi bangun dan bergegas ke kereta tersebut sambil pemandu dan kelindan lori terpinga.

"akak okey ke..?? camne leh jadi camni..??" soal aku cemas.
"saye okey. cume tadi x nampak jalan. hujan lebat sangat. maaf adik." jawab wanita lingkungan 30-an. mungkin hatinya tidak mempercayai apa yang telah berlaku.

singkatan cerita. 10 minit kemudian, pihak polis dan ambulance datang. aku diperiksa, namun tiada kecederaan. cuma jeans koyak. takut mak marah. hahaha.. pemancu kereta juga selamat tetapi kakinya terseliuh. mungkin menekan brek setengah mati. dan, pemandu lori tiada apa. cuma kelindannya patah hidung. pelik dan hairan. mengapa ya..
yang penting semua selamat dan dapat ke pangkuan yang disayangi.

namun aku pulang dan dimarahi.
"amin merempit yeah..!!!" nada seorang ibu.
"hahahahaha" aku hanya mampu tergelak.

selepas mandi dan komputer di buka. aku terkejut. "bapak" juga accident dan cedera teruk hingga telung belulangnya hancur dan patah.

jutaan kesyukuran aku panjatkan pada Ilahi.
tapi aku pening. motor barai dan bagaimana untukku berulang dari kelas ke tapak latihan dan rumah. mungkin pengangkutan awam ada jawapannya. fuuhhhh...

alhamdulillah.

Thursday, October 16, 2008

bidasan mantan tahanan ISA '72

salam.

mulai 13 oktober lalu bidasan dalam perbahasan belanjawan '09 telah berlaku. antara pihak pro dan kontra. pelbagai tujuhan persoalan diajukan kepada pembentang belanjawan yang "ghaib" entah kemana. namun ianya tetap jua diajukan kerana perbahasan ini melibatkan periuk nasi rakyat yang bakal ditutup pasir jika tidak diurus dengan sempurna. hakikat yang ada wajib diterima pemerintah kerana peratusan inflasi kian meningkat saban hari. jika dihitung, berapa angka mahasiswa / siswi yang menganggur akibat ketiadaan pekerjaan asbab pelarian pelabur yang tidak yakin akan kekuatan ekonomi di malaysia.

selesai aku meneliti apa yang cuba diberikan oleh abu izzah, ada kebenaran disitu. kenapa perlu kenaikan harga minyak berlaku jika bumi bertuah ini adalah antara negara pengeluar. kenapa perlu dipertingkatkan perkhidmatan awam jika pengurusannya tidak cekap setelah bertahun berlalu. kenapa syarikat swasta yang tidak bergantung kepada proksi mampu bersaing namun syarikat yang punya saham dan kroni didalamnya hanya reti membaham wang rakyat. dan sebagainya.

inilah realitinya berlaku dalam sistem pemerintahan negara. komisen menjadi taruhan untuk mencapai sesuatu. tanpanya hidup bagaikan terumbang ambing. aku gelisah bila memikirkan peruntukan yang dikeluarkan oleh pihak proksi dan pengembaliannya kepada negara dan khususnya kepada rakyat. adakah berbalaoi jumlah yang dikeluarkan dengan kelebihan yang akan dirasai rakyat?. terutama mereka yang tidak berkemampuan.

bagi mereka yang berfikiran totok bagai katak bawah tempurung akan merasakan kepimpinan yang ada adalh yang tebaik. jika begitu kenyang besarlah mereka di bahagian proksi. lebihan lagi yang memegang kunci sri perdana.

fikirkan

genre-genre nya

salam.
semoga umum dalam keredhaan Allah.

hari ni merupakan hari ketenangan bagi aku dan seluruh yang mengenali. alhamdulillah habis kerja yang disiapkan di kampus dan di tapak bina serta studio. tapi perasaan sesal ada sedikit tatkala menilai komponen muzik yang ada sebagai halwa telinga dan pengikutnya.

rock, jazz, pop, dan sebagainya ialah cabangan muzik. masing- masing ada kehendak untuk mendengar dan menilai cara pembawakan muzik. tidak lupa kepada penonjolan sikap pemuzik itu sendiri. ada yang jelek dari pandangan mata, namun enak didengar tatkala diputarkan dan susunan yang aneh namun membawa ketenangan. dan sebaliknya.

wassalam

Thursday, October 9, 2008

pak lawak

salam kepenatan.

ringkasnya hari ini masuk hari ke 9 bulan syawal menjelma. masih ada ramai yang ingin mengunjung sahabat dan tetangga di samping mereka yang sibuk menguruskan walimah masing-masing. syukur ke hadrat Ilahi kepada mereka kerana diberikan rezeki dan jodoh seiringan.

alhamdulillah, kerana masih berkesempatan mengutarakan apa yang ada di benak pemikiran. hari ini kita melihat bumi malaysia bergolak dengan krisis politik dan ekonomi yang kian meruncing. saban hari akan ada mereka yang tidak berkemampuan meminta sedekah. kuantiti ini menambah sehingga ke hari ini. namun bagi mereka di pihak tertentu hanya sibuk dengan pemilihan parti. tidak kira dari pendokong parti sehinggalah kepada mereka yang berada di posisi komponen. adakah mereka sedar atau hanya mengejar pangkat semata. tidak lupa kepada harta yang akan menunggu bagi mereka yang berada di posisi tertinggi. semua manifesto yang dilaungkan hanyalah omongan. pak menteri sibuk untuk mempertahankan kedudukan. mereka di pangkat kedua berebut jawatan tertinggi. hingga bercakaran dan berkelahi. dan bagi mereka yang angaukan kedudukan, mencuci kasut kelembai ini pun jadi.

benar kalam Tuhan menyebut. tidak pernah rasa puas dalam diri manusia itu. harta dikumpul. nama, pangkat dan kedudukan dikejar. darjat dan kasta ditinggikan kepada golongan tertentu. golongan yang menegur kesalahan mereka akan dilabel dan disel. tidak kira samada mereka yang ditangkap itu punya keluarga atau tidak. janji, pekung ditutup. lubang kesalahan di kambus sedalamnya. apa yang dikata mantan kepala menteri itu dulu benar. mereka semua hanyalah Pak Lawak. bermain boneka namun pentas dan jalan ceritanya tiada.

Badut.

Sunday, October 5, 2008

Eid

ramadhan berlabuh dengan seribu satu pengharapan bagi mereka yang mencari kasihNya. tahniah bagi mereka yang menjumpai malam seribu bulan. bila berbincang dengan rakan dan para ilmuan, rupanya masing-masing telah ditemukan oleh Allah Taala dengan Lail Qadr. aku tersedu. kata mereka ianya muncul pabila malam 24 berlabuh. subhanallah.

bagi aku, apa yang penting semoga dipertemukan lagi dengan ramadhan. aku benar mengharap. yang berlalu biarlah pergi.

1 syawal kali ni aku tatapi dengan penuh rasa bersyukur. walaupun tak balik kampung, namun kutemui sahabat yang bertahun tak jumpa. amar zabidi terserempak. mu'az buzzing. busut di castle. faizal dan fauzi mesej. farid berjumpa. dan ramai lagi. maaf jika nama kalian aku tak sebut.

sedihnya bila terkenang mereka yang menyambut syawal dalam keadaan berhati-hati dan berwaspada. mereka tidak mengimpikan ketupat, rendang dan lemang. hanya redha Ilahi yang dinanti dan kembali ke pangkuanNya dalam keimanan.

Allah Akbar Walillah Hamd