Thursday, October 9, 2008

pak lawak

salam kepenatan.

ringkasnya hari ini masuk hari ke 9 bulan syawal menjelma. masih ada ramai yang ingin mengunjung sahabat dan tetangga di samping mereka yang sibuk menguruskan walimah masing-masing. syukur ke hadrat Ilahi kepada mereka kerana diberikan rezeki dan jodoh seiringan.

alhamdulillah, kerana masih berkesempatan mengutarakan apa yang ada di benak pemikiran. hari ini kita melihat bumi malaysia bergolak dengan krisis politik dan ekonomi yang kian meruncing. saban hari akan ada mereka yang tidak berkemampuan meminta sedekah. kuantiti ini menambah sehingga ke hari ini. namun bagi mereka di pihak tertentu hanya sibuk dengan pemilihan parti. tidak kira dari pendokong parti sehinggalah kepada mereka yang berada di posisi komponen. adakah mereka sedar atau hanya mengejar pangkat semata. tidak lupa kepada harta yang akan menunggu bagi mereka yang berada di posisi tertinggi. semua manifesto yang dilaungkan hanyalah omongan. pak menteri sibuk untuk mempertahankan kedudukan. mereka di pangkat kedua berebut jawatan tertinggi. hingga bercakaran dan berkelahi. dan bagi mereka yang angaukan kedudukan, mencuci kasut kelembai ini pun jadi.

benar kalam Tuhan menyebut. tidak pernah rasa puas dalam diri manusia itu. harta dikumpul. nama, pangkat dan kedudukan dikejar. darjat dan kasta ditinggikan kepada golongan tertentu. golongan yang menegur kesalahan mereka akan dilabel dan disel. tidak kira samada mereka yang ditangkap itu punya keluarga atau tidak. janji, pekung ditutup. lubang kesalahan di kambus sedalamnya. apa yang dikata mantan kepala menteri itu dulu benar. mereka semua hanyalah Pak Lawak. bermain boneka namun pentas dan jalan ceritanya tiada.

Badut.

No comments: