Tuesday, October 21, 2008

dimana sosok tubuhnya

Hari ini berlangsung sidang dewan rakyat untuk perbahasan. Perbalahana dan pertikaian yang membina untuk kepentingan rakyat. Bukan mudah untuk seseorang itu memikul satu tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Tetapi kebenaran mula terungkai tatkala persidangan yang dilakukan hanya seperti perbualan antara si cerdik pandai yang mahukan perobahan demi kepentingan rakyat dan mereka yang berotakkan kerusi dan meja.

Cukup dengan kehadiran kedua elemen tersebut untuk menggantikan seseorang itu di dewan jelata. Jika dikatakan takut untuk berhadapan dengan situasi sebenar, makanya tidak mungkin. Kerana mereka hebat berkata-kata di media cetak dan elektronik. Jika ingin dikatakan mereka itu tidak berperasaan, juga tidak mungkin. Kerana mereka masih beridentitikan sang penderma yang “membantu” mereka didalam kesusahan.

Maka apa gunanya persidangan yang dilakukan. Katanya untuk mebahaskan isu yang berkaitan. Namun pak menteri, timbalan, hatta qarinnya juga tiada. Dahulunya ketika manifesto hangat diperkatakan semasa pemilu dijalankan, segalanya mungkin. Kini semuanya hanya hangat-hangat tahi ayam.

Bukan untuk mengutuk semata. Jika benar apa yang dikata, serta bukan hanya beromong kosong. Maka hadirlah demi kepentingan mereka dibawah. Tidak semuanya berharta. Dan menjadi tanggujawab dan kewajipan bagi mereka menjadi mata, mulut dan telinga bagi rakyat.

Belum terlambat.

No comments: