Thursday, October 30, 2008

telefon dan tali barutnya

alhamdulillah dapat berterusan disini.

sambungan daripada mauduknya. hari ini seolah budaya telefon atau hp menjadi nadi kepada umum. tidak kira samada aku, kau dan kamu. semua memerlukannya dan menjadi kepentingan di merata. jika dikira, majoriti yang lahir sudah punya ia. dari kecil hingga besar. dari panjang hingga pendek. asalkan ia bernama telefon atau hp. malah menjadi kewajipan. tanpanya hidup tidak bermakna.

namun disini tedapat seribu satu kebaikan dan keburukan. ya, segalanya punya pro dan kontra. dari segi kebaikan itu punya seribu satu niat yang menjerumus ia. tidak dinafi dari segi dakwah, keselamatan dan kecemasan. tegasan di mauduk ini sebenarnya lebih kepada nilai keburukan yang ia punya.

cinta, ugutan dan bermegah antara cabangnya. jika dilihat dari mereka muda mudi seperti aku, kau dan umum, sudah tentu ianya antara materi utama untuk mencari teman dan pasangan. indahnya hidup jika punya teman untuk berkasihan dan mencurahkan erti cinta dari lubuk hati sebenar. dari ia jugalah bergejolak nafsu nafsi dalam diri. dari sms kepada mms, kemudiannya bersuara. jika difikirkan adakah kita punya ia untuk ini semata. aku kau dan umum punya jawapan sendiri.

keduanya dari cabang ugutan. jika yang punya pangkat, maka kuasa ugutannya lebih besar untuk ditindas pada mereka kaum yang kecil. tetapi setakat mana?? aku belum mencapai martabat itu.

ketiganya cabang kemegahan. sifat ingin tahu mula melanda pabila adanya segelintir umat yang sanggup bertukar jenis tatkala saban hari keluarnya model baru. nilai matawang bukan penghalang golongan ini. tetapi setakat mana mampu diubahnya. kemudian ditayang untuk tatapan umum sebagai bukti sifat mengikut arus permodenan. benar kalam Tuhan itu tertulis. jika dunia dikejar makanya tiada cukup. mereka ini hanya akan terus menambah dan menambah hingga seterusnya. tiada erti cukup atau henti dalam benak kamus hidupnya. mungkinkah aku kau dan umum antara golongan ini?

makanya bersyukurlah apa yang dimiliki. jangan tergolong antara tiganya. jika dibahas topik takkan habis.

bersama berfikir.

No comments: