Thursday, November 13, 2008

bangla

salam dan selamat ketemu.

hari ini aku ingin bermula dengan nada berbeda.
salam kepada pembaca.

pernah kau dan umum berjumpa dengan mat bangla?
pernah kau dan umum bekerja dengan mereka?
pernah kau berjabat dan bermesra dengan mereka?


mungkin agak janggal jika persoalan ini mula meruap dalam pemikiran. tapi bagi aku, akan bersyukur kehadratNya kerna Dia menciptakan mereka penuh hikmah.

bagi rata-rata warganegara pastinya akan memandang jelik dan hina mereka ini. mungkin kerana faktor bau dan tingkah laku. mereka agak pengotor namun tetap punya hati dan perasaan. alhamdulillah aku sempurnakan tugas bersama golongan ini selama 3 hari.

mungkin selama ini aku, kau dan umum punya persepsi sama iaitu memandang hina makhluk ciptaan Tuhan ini. walau dikira pada taraf dan pangkat pastinya mereka tidak punya apa untuk disetarakan. namun mereka punya kekuatan untuk hidup. hidup demi sesuap nasi yang mereka kunyah sebagai alas perut. jangan dikira itu, malah makanan melampui tarikh tamat tetap disental agar mereka punya tenaga untuk bekerja di subuh hari.

selama 3 hari inilah aku berkenal dengan seorang bangla bernama Sahadat. berwatakan menarik dan senyum adalah pemberian terbaiknya. jika dimarah dan dihamun, maka senyum diberikan. jika masalah melanda dirinya maka senyum ditarik selebar mungkin. malah jika dimaki seteruknya maka senyumlah menjadi pengukir pada raut wajahnya.

pada sikapnya pula, beliau tidak pernah mengharap belas ihsan hamba Tuhannya. cukup dengan amal cacitan di sebelah kanan dan kewajipan yang ditunaikan sehari semalam. jika tidak sempurna, maka ditambah dengan solat sunat dua rakaat, tanpa rasa berat dihati dan sifat menunjuk-nunjuk.

pernah persoalan mengenai keluarganya diajukan. yang mampu dijawab hanyalah jawapan kerinduan dan perasaan hutang budi yang tidak ternilai belah bagi terhadap ibunya tercinta. jutaan terima kasih beliau ucapkan walau jauh dimata, namun dekat dihati. ya, aku puji beliau atas jasanya menyedarkan diri ini.

benar kalam Tuhan itu bertitah, tidak Beliau ciptakan sesuatu dengan sia-sia. dan kejadian manusia berkaum dan berbeda budaya itu, agar saling mengenali antara satu sama lain.

jika aku, kau dan umum di kedudukan Sahadat pastinya sukar. kerna sudah bersediakah kita berhadapan dengan situasi diuji jauh dari keluarga demi sesuap nasi?
bersediakah kita untuk dimaki dan dipandang hina masyarkat demi dipandang mulia di sisiNya?
bersediakah kita menjaga ibadah dalam keadaan letih lesu kerna kerja 12jam?
dan..bersediakah kita menghapNya dalam keadaan sekarang?

sejenak berfikir

No comments: