Wednesday, December 31, 2008

ringkas

salam dan sejahtera

" Sakit ini satu nikmat,
kerananya kita menyedari,
akan perihal rahmat dan hikmah,
yang tersembunyi,
di langit tinggi..
hanya pemilik,
langit dan bumi,
yang mengetahui..
kesembuhan itu,
aku tidak ingini,
keredhaan itulah,
yang aku dambai "

salam hijri dan masihi.

Monday, December 22, 2008

tamat

salam dan sejahtera

alhamdulillah selama seminggu aku ambil untuk meluangkan masa meredah bumi Tuhan di tanah semenanjung. dari utara ke selatan dan dari pantai timur ke pantai barat. telah dikatakan dalam kalam Tuhan bahawasanya bumi ini dibentangkan agar manusia dapat melihat dan berfikir. melihat ciptaanNya yang sesungguhnya sungguh mengagumkan.

aku mula menjelajah bermula dari tanah kaya bumi bertuah iaitu selangor. dari nanding hingga kuala selangor menyelusuri jalan lama yang menguji kesabaran. lalu meredah teluk intan ke ipoh untuk mencuba sotong kangkung yang menjadi kegemaran ramai. dari loghat KL maka bermulalah perkataan baku dengan melalui daerah permatang pauh yang pernah menjadi taruhan paksi dan proksi. kelibat poster wakil rakyat masih belum diturunkan.

tanpa membuang masa minyak ditaruhkan untuk menjejak bumi kodiang yang indah menghijau. meghelit mata memandang rantai emas yang dikalung sang wanita. dari kedah ke perlis tanah kecil sekangkang kera itu dilalui pada hari ke-3. diikutkan hati mahu sahaja ke sempadan negara gajah putih namun kadar kewangan hanya mampu ke pelusuk semenanjung sahaja. dalam keadaan memecut sehelai surat cinta diserahkan pada pemandu. bagi aku tidak punya kesalahan jika memandu 90km/j namun kata pengawas jalanraya kami sudah melebih 120km/j. mungkin ada mata-mata yang menilai.

melusuri negeri cik siti wan kembang pada hari keempat amat mengagumkan. loghat budak kelantan terngiang dan cuba dibahaskan. namun tidak kesampaian untuk keluar dari anak tekak yang tidak biasa dengan budu. dari itu bermulalah perjalanan ke Republic Of Besut. negeri kecil terengganu yang kecek kelantan. tiada unsur penggunaan "NG" dibelakang patah perkataan sehinggalah bertemu kerteh pada waktu malam dan bermalam di kuala terengganu. hari kelima dihabiskan di cherating dengan menyinggah sementara daerah kuantan lalu terus ke Danga Bay.

aku melihat deretan ombak laju dari bumi todak ke pesisir pantai negeri johor. barangan mahal membuatkan kami berderum laju ke masjid tanah. bumi disanjung hang tuah yang kini tidak bersultan. hari keenam dihabiskan di seremban. rumah rakan menjadi persinggahan untuk tumpang berteduh. namun lidah masih merasa masakan lemak cili api yang sungguh menyelerakan. tepat jam 6.30 petang pada hari ketujuh kampung baru kutemui lagi.

bagi aku, perjalanan yang dilalui harus dirasakan kau dan umum. dari marhalah ke marhalah. bukan tanah pusaka untuk disanjung. tetapi bumi Tuhan yang terbentang untuk ditafsirkan kuasa penciptaanNya.

maaf tiada gambar kerana usb port punya masalah.

Wednesday, December 10, 2008

hari tasyrik

allah akbar walillah hamd

salam dan selamat sejahtera.

hari ini merupakan hari terakhir lafaz talbiah di hari tasyrik di laungkan oleh berjuta umat Muhammad yang berhimpun. sedang itu, mereka sedang bersiap-siap untuk pulang selepas 40 hari tawaf wukuf dan sebagainya. rata-rata warga semenanjung menyambut eidul adha dengan suasana hening. gemawan muncul tatkala ibadah kurban dijalankan.

ada yang berduka tatkala dugaan itu datang bergolek di bukit antarabangsa. tidak kurang dengan mangsa banjir yang berlindung di merata tempat. dengan segala kejadian di hari tasyrik ini, semuanya punya hikmah. kesabaran dan keimanan diuji. benar kisah Ismail a.s dengan ayahnya diuji dengan episod penyembelihannya.

semoga pengujian itu mengislahkan diri.
Allah Akbar Walillah Hamd.

Amin Ahmad
13 Zulhijjah 1429H

Tuesday, December 2, 2008

berasap

salam dan sejahtera.

masih aku menaip mengagumi kebesaran yang Maha Esa.

dalam majoriti yang wujud kini, dan umumnya umat melayu yang khususnya muslim masih melafazkan kalimah syahadah sebagai kata pegangan dan pasport ke alam fana'. namun hakikatnya yang rata-rata disebutkan masih enggan menerima dari segi ketaqwaan kalimah tasyahud. alhamdulillah dalam diri masih wujud fitrah. namun bila diuji dari cabang kesusahan dan kesenangan, maka ramai terkontang-kanting. termasuklah aku.

ujian kebesaran yang diterima kaum adam yang ingin aku rungkai hanyalah ujian sebesar 9cm. jika diukur mungkin lebih panjang jari hantu. dari golongan bangsawan hinggalah rakyat termiskin. dari penjawat menteri hinggalah pengutip sampah nun di jalanan. dari tok imam hinggalah sejahil umat di pelusuk hulu dunia. semuanya memuja 'berhala' 9cm yang berasap. entah apa nikmatnya hingga begitu.

pada mula ayam jantan berkokok hinggalah siulan burung hantu masih ada yang memuja'nya'. dengan kata istilah lain ialah berhala jenama dunhill, marlboro, dan sebagainya. aduh, makin parah tatkala lelaki kerdil yang belum baligh juga akan memuja'nya'. bila ditanya, jawapan diberi kerana ia punya 'nikmat' tiap kali ia dinyalakan. seperti semangat yang hilang, dengannya akan pasti semangat itu datang. berduyun-duyun.

namun tatkala menghadap Ilahi, bukan main membaca dan berdoa mengharap redha dan ampunNya. selesai kaki melangkah keluar, berasap jua akhirnya. tidak kira di kota atau nun di pelusuk desa. rata-rata kaum adamnya pasti berasap. jika diikut akal logik dan pemikiran normal pastinya sudah diketahui akibat kesudahannya nanti. namun sungguh sukar untuk menjauhkan diri dari'nya' yang sudah menjarah bahtera nafsu yang membuak-buak. dari selesai minum kopi hinggalah tangan dibasuh selepas makan malam. yang pasti ia tidak boleh ditinggalkan. pelik dan hairan.

tidakkah dalam diri terfikir ianya salah satu unsur kesyirikan. memperhambakan dan mendahulukan si 9cm dari Rabb Al-amin. mana tidaknya. sebelum makan ianya 'disembah' dahulu. hatta sebelum solat ianya 'disembah' dahulu. sedang usul telah membahaskan dan penetapan hukum haram diletakkan. dalam diam diri telah berdosa. dari pembaziran hinggalah kepada kemudaratan. pedih dan sarat.

cukuplah dengan petikan. nah, saksikan pula surah an-nisa':41, yang mana syahadah disaksikan oleh Nabi sendiri. aku, kau dan umum ringan mengucapkan syahadah, namun perlakuannya?
baqarah:143 dan al-a'raf:172, bilamana Allah mengambil syahadah umat untuk kunci ke syurga.
muhammad:19, dengan segala AMALAN diakhirat kelak disandarkan pada diri dari (kuncinya) syahadah.

beringatlah setelah bejanji.

Sunday, November 30, 2008

bintang kecil

salam dan sejahtera.

tekan punat kawalan jauh tv dan saksikan saluran dekat di hati.
pada mulanya aku tonton tiada apa. namun bila keluarnya iklan istirehat aku mula terpegun. sebuah rancangan realiti yang melibatkan golongan kanak-kanak melayu yang rata-ratanya beragama Islam. jika dilihat mak dan ayah mereka begitu gembira melihat telatah anak-anak yang belum pun akil baligh, pandai berjoget sambil menyanyi. wah, sungguh hebat. aku sendiri belum mampu berjoget sambil menari seusia mereka.

namun yang lebih menyayat hati tatkala ibu dan ayah mereka menangis teresak-esak jikalau anak mereka gagal memasuki realiti tv itu. mereka lebih sanggup menangis untuk perkara seperti itu dan tidak pada perkara suruhan Tuhan. didikan jewish menjadi dikalangan muslimin yang jauh daripada dirinya kalam Tuhan. susunan strategik dan aturan yang kemas akhirnya membuahkan hasil yang begitu hebat.

satu keluarga mahukan anak-anaknya menjadi seorang artis yang tersohor di tanah air. janji hatinya bersih, tidak mengapa jika kewajipan 5 waktu sehari tidak dilakukan, prinsip seorang artis yang berjaya dibenamkan dalam benak muslimin kini. adakah tiada ibu bapa yang menangis pabila melihat anak-anaknya tidak mampu membaca al-Quran, hatta solat 5 waktu itu sendiri. hairan dan pelik aku sendiri.

memang payah untuk merintis seorang hassan al-banna jika suasana dan sekitarnya terus begini. jika keluar, sekumpulan anak muda berkeliaran dengan pergaulan bebas. baju ketat, seluar sendat. hatta bertindik mengalahkan lembu bajak di sawah. dari keadaan inilah anak-anak yang lahir akan berjinak untuk menuju ujibakat bintang kecil. yang mana ianya diagungkan dalam diri sendiri. jangan sampai bertemu dengan Tuhan dalam keadaan "YA LAITANI KUNTUTURABA".

istighfar.

Saturday, November 29, 2008

seremban

salam dan sejahtera.
moga diberkati olehNya.

tika jam menunjukkan 17.00, aku dan teman-teman bergegas ke seremban. lokasi yang dicari adalah hotel seri malaysia. kebarangkalian untuk terus ke tempat yang dituju adalah satu kemungkinan. namun dengan panduan papan tanda jalan akhirnya genap pukul 20.00 kami sampai. nasibnya acara masih belum bermula.

tanpa berlengah, maghrib ditunaikan dan sesi pemeriksaan bunyi dilakukan serta merta. mulanya aku agak ketakutan. kerana semua barisan penghibur bukanlah yang 'biasa'. yang aku harapkan doa counter tennor dari ireland mendoakan. tidak dilupa. tema pemakaian adalah 'casual glamour'. ini bermakna celana kerja dan kemeja harus melekat pada badan. ragamnya seperti umum ke tempat kerja. kurangnya hanya kad pengenalan pekerjaan.

tepat pukul 21.00, lampu ditutup. gelap. tiba-tiba cahaya beribu voltan menumpu satu persatu tubuh di atas pentas. fuh, tak keruan jadinya. tatkala rythm dipetik suasana mula berubah. tepukan gemuruh berdentum di gegendang telinga. alhamdulillah satu persatu lirik dapat disampaikan dengan penghayatan tanpa ada gelincir pada tonanya. walaupun ia hanya nyanyian akustika dramatika dan lelaki bassist dari kumpulan khayalan.

Dia Muhammad, nyanyian tompi, Hanya Milik Dia, lagu radiostar, ray charles dan lagu nukilan hotel california. tepat pukul 21.45 kami beredar dengan harapan, pendengar semuanya pekak mendengar sumbangan yang terkeluar. terima kasih semua.

maaf tiada gambar.

Wednesday, November 26, 2008

macam-macam

semangat untuk menulis dinihari.

salam dan sejahtera.

barangsiapa pembaca, pernah bersenam?
jawapannya mungkin majoriti akan mengatakan YA. tetapi disebalik senaman itu rupanya punya pengharaman juga. isu yoga dijadikan garis panduan untuk ahli cerdik pandai ilmu agama meniliti isu ini dengan sebaiknya. akhirnya kata putus mengatakan senaman itu haram. puncanya berkaitan dengan mantera jampi sakti dari agra.

namun usul yang mahu disampaikan bukan isu yoga dan agra. tapinya kumpulan cerdik pandai ilmu agama yang tidak putus-putus mencari penyelesaian bukan fardhi. apa tidaknya, jika mahu dibincangkan, kenapa tidak isu pesta media prima yang melalaikan tidak dikeluarkan fatwanya? ditambah dengan muslimin yang meninggalkan solat jumaat tanpa darurat, dan mereka bebas berkeliaran laksana burung pulang ke sarang di waktu petang? ditambah dengan fatwa penahanan manusia tanpa bicara dengan entah apa sabitan dan akta? bagi aku inilah punca kehormatan islam itu dipandang rendah.

aku setuju dengan kehendak mereka mengeluarkan status yoga demi kemaslahatan umat. namun bukankah status penzaliman dan kelalaian umat itu lebih penting dibincang dan jalan penyelesaiannya.?

aku pening